Nasi Daging Utara 2
June 11, 2010
Bahan-bahan :
1 kilo daging…dipotong 4 segi agak besar dan di rebus hingga lembut
1 kilo beras basmathi…bersih dan toskan
Air rebusan daging di sukat bersamaan dgn sukatan beras basmathi…
1/2 cawan susu cair…
1/2 cawan minyak masak
3 s/b minyak sapi
1 tin tomato sup Kimball
3 s/b rempah nasi daging…boleh beli kedai mamak rempah…kalau tak de boleh guna rempah kurma
1 sudu kecil rempah sajira – rempah ni mmg susah nak dapat…tapi boleh tanya kedai mamak yg jual rempah…mesti ada punya…kalau x ada tak yah masuk
sedikit gula batu dan garam secukup rasa
sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan
Bahan tumis :-
4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
sedikit daun ketumbar – untuk wangikan nasi
3 helai daun pandan
1 batang serai – diketuk
1 labu bawang besar – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
Cara :
1. Panaskan minyak masak dan masukkan minyak sapi
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia
3. Masukkan bahan yang dikisar
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air…kacau biar wangi
5. Masukkan air rebusan daging yg tlh disukat, tomato sup dan daging yang tlh lembut
6. Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata..
8. Gemburkan nasi…boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam
Hiasan dgn taburan bawang goreng dan boleh dimakan dgn dalca dan air asam.
* resepi atas macam byk bahan sket, tapi saya selalu beli Rempah Nasi Bukhari je, ringkas,cepat dan mudah.
Nasi Daging Pendang
June 11, 2010
Bahan-bahan ( 5 orang )
* 1 kilo beras Basmathi
* 1/2 kilo daging
* 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
* 1 sudu besar rempah kurma
* 1 inci halia
* 1 batang kulit kayu manis
* 2 biji buah pelaga
* Sedikit mentega/ minyak sapi
* 1/2 cawan tomato soup kimball
* 1 cawan susu cair
* sedikit garam
* sedikit gula
* 1 ketul kiub pati ayam
Cara-cara
1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
2. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
3. Basuh beras dan toskan.
4. Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.
5. Masukkan beras dan kacau sekejap.
6. Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.
7. Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
8. Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.
Nasi Daging Utara
June 11, 2010
1 kilo daging…dipotong 4 segi agak besar dan di rebus hingga lembut
1 kilo beras basmathi…bersih dan toskan
Air rebusan daging di sukat bersamaan dgn sukatan beras basmathi…
1/2 cawan susu cair…
1/2 cawan minyak masak
3 s/b minyak sapi
1 tin tomato sup Kimball
3 s/b rempah nasi daging…boleh beli kedai mamak rempah…kalau tak de boleh guna rempah kurma
1 sudu kecil rempah sajira – rempah ni mmg susah nak dapat…tapi boleh tanya kedai mamak yg jual rempah…mesti ada punya…kalau x ada tak yah masuk
sedikit gula batu dan garam secukup rasa
sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan
Bahan tumis :-
4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
sedikit daun ketumbar – untuk wangikan nasi
3 helai daun pandan
1 batang serai – diketuk
1 labu bawang besar – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
Cara :
1. Panaskan minyak masak dan masukkan minyak sapi
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia
3. Masukkan bahan yang dikisar
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air…kacau biar wangi
5. Masukkan air rebusan daging yg tlh disukat, tomato sup dan daging yang tlh lembut
6. Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata..
8. Gemburkan nasi…boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam
Hiasan dgn taburan bawang goreng dan boleh dimakan dgn dalca dan air asam.
Nasi Dagang
April 21, 2010
Bahan-bahan:
5 cawan beras nasi dagang ATAU
3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil – dihiris halus
6 ulas bawang putih – dihiris halus
1½ inci halia – dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaan:
Didihkan air didalam periuk kukusan Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak.
Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat dengan memasukannya sedikit demi sedikit, bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Hidang panas-panas bersama kuah gulai dan sambal kelapa.
Gulai ikan tongkol untuk nasi dagang
Bahan A
2 ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
1 sudu makan garam
1 sudu teh gula
Air untuk merebus – sekadar menutup ikan, lebihkan seinci
Bahan B
Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (pilihan jika suka pedas)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara penyediaan:
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau.
Masukkan rempah kari dan cili (jika guna). Masak sehingga keluar minyak.
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan seekor untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih.
Masukkan santan pekat dan asam gelugor. Bila mendidih masukkan gula merah, garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor). Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang
Bahan-bahan:
Kelapa parut (sebiji), digoreng tanpa minyak sehingga perang
4 sudu makan gula kabung (manisan)
ikan tongkol rebus, ambil isinya sahaja
Cara penyediaan:
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya.
Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.
Nasi Kerabu versi Pantai Timur
April 21, 2010
Bahan-bahan:
Nasi putih atau Nasi warna biru
Bahan untuk Sambal Ikan :
3 ekor ikan kembung – panggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut – jadikan kerisik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
Cara penyediaan :
Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
Masukkan gula, lada hitam dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat
Bahan untuk kuah :
4 ulas bawang merah – kisar
4 ulas bawang putih – kisar
Sedikit belacan – kisar
10 tangkai cili kering – kisar
2 cm halia – kisar
2 cawan santan cair
1 batang serai – hiris halus
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam
Cara penyediaan:
Masak santan dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.
Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.
Bahan untuk ulam-ulaman :
1/2 biji timun – dipotong halus
1/4 biji kobis bulat – dipotong halus
sedikit belacan
1 ikat daun kesom – dihiris halus
2 batang serai – dihiris halus
2 kuntum bunga kantan – dihiris
5 batang kacang panjang – dipotong halus
sedikit taugeh
2 sudu makan budu
2 sudu teh lada sulah
Cara penyediaan:
Gaulkan semua ulam-ulaman. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, kuah dan budu untuk dimakan.
Sedia untuk dihidangkan. Hidangan lebih lengkap dengan keropok ikan goreng, solok lada, ikan goreng atau telur asin atau apa-apa lauk goreng.
Nasi Ayam Hainan
February 25, 2010
Bahan-bahan:
Bahan untuk rebus ayam:
1 ekor ayam
Air ~ mesti cukup untuk tenggelamkan ayam
Garam
Serbuk pati ayam ~ kalau suka
2 inci halia ~ diketuk
Cara penyediaan:
Sediakan periuk, letak air, garam, dan halia yang diketuk. Didihkan.Masukkan ayam . Masak anggaran 30- 40 minit. Angkat dan toskan.
*
~ Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap jadi, pandai2 untuk agak. Jika tidak berdarah,bolehlah angkat ayam dan toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur.
~ Resepi asal, ayam yg telah direbus perlu direndam di dalam air ais selama lebih kurang 10-15 minit. tetapi saya tidak merendam ayam tersebut.
Untuk nasi:
3 cawan beras
5 cawan air rebusan ayam – jika beras lembut kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras yg digunakan
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – ditumbuk
Garam
1 sudu besar majerin
1 sudu besar minyak masak
Cara penyediaan:
1. Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
3. Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam.
4. Tanak hingga masak.
*Resepi yg sebenarnya menggunakan lemak/kulit ayam tapi saya tidak menggunakannya.
Untuk sup:
Air rebusan ayam
Daun sup ~ dihiris
Cara penyediaan:
~ Air rebusan ayam tadi dididihkan. Letaklah garam secukup rasa. Hidangkan bersama hirisan daun sup.
Untuk sos cili:
10 biji cili merah
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
Garam
2 sudu besar jus limau nipis
1/2 botol sos thai
Cara penyediaan:
1. Kisar cili merah, halia. bawang putih dan jus limau.
2. Masakkan dalam periuk. Masukkan gula, garam dan sos thai.
Untuk sos kicap:
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula
Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan dan masak di atas dapur sehingga mendidih.
Bahan sampingan:
1 batang timun ~ dihiris
2 biji buah tomato ~ dihiris
Salad ~ dihiris
Bawang goreng ~ ditabur di atas nasi dan di dalam sup
Minyak bijan ~ taburkan ke atas ayam yg telah dipotong.
