Yummy…..

April 23, 2010

Resepi Keluarga & Rekaan  Sendiri

Mee Kari

Bahan A ( kisar ) :

Bawang Merah 5-6 biji

Bawang Putih 3-4 ulas

Cili Kering 10-15 tangkai

Rempah Mee Kari / Rempah daging Adabi 2-3 pkt kecil

Udang kering 1 genggam

Buah Keras 5-6 biji

Bahan B :

Serai 3-4 batang ( diketuk )

Kerang 1 kg ( masak dlm kuali yg ditutup tanpa air)

Fish Ball ( boleh masak sekali atau rebus dahulu kmdn airnya ambil buat stok)

Fish Cake ( cara yg sama dengan fish ball )

Kelapa Parut ½ biji (ambil perahan sebanyak 2 kali

Air

Cara penyediaan:

Tumis bahan A dahulu, jika suka tumis sedikit daun kari terlebih dahulu sebelum menumis bahan-bahan kisar tadi. Masak atas api sederhana sehingga pecah minyak. Kemudian Masukkan bahan B, tunggu hingga hampir mendidih, setelah itu masukkan santan, masak hingga mendidih. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.

Hiasan:

Mee Kuning

Tauge

Daun Sup & Daun Bawang

Bawang goreng

Hirisan Cili ( jika suka )

Telur Rebus

Fish Ball ( yg telah direbus tadi )

Fish Cake (  sama  )

Sambal

Cili Kering RM1.00 ( rebus )

Bawang Putih 3-4 ulas

Udang Kering RM2-3

Cara:

Blender, kemudian tumis bahan tadi hingga pecah minyak dengan menggunakan api sederhana. Tambahkan perasa seperti garam dan gula secukup rasa.

Nasi Papprik ( Home Made )

Beras 3 cawan

Daun Pandan 3 tangkai ( gunting 4-5cm panjang )

Minyak Sapi 2-3 sudu besar

Garam secukup rasa

Pes Tomyam:

Bahan A ( kisar untuk dibuat pes ):

Cili Kering RM2.00 ( cili yg tidak pedas )

Asam Jawa pekat sebesar bola tenis ( tanpa biji lebih bagus )

Bawang Putih 4-5 ulas

Gula dan garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

Bahan B:

Ayam dipotong kecil ( daging, seafood dll)

( Sayur-sayuran seperti Bunga Kobis, Carrot dll jika suka.)

Bawang Besar dipotong wedges

Capsicum Merah, Kuning, Hijau dipotong dadu ( sederhana besar )

Serai1-2 batang ( diketuk )

Sos Cili secukup rasa

Sos Tiram 1-2 sudu besar( jika suka )

Daun Limau Purut 2-3 helai

Garam, Gula secukup rasa

Cili Padi dibelah 2

Cara penyediaan Pes Tomyam:

Tumis  bahan A tadi diatas api sederhana. Kacau sehingga tidak melekat di kuali.

Cara Membuatnya:

Panaskan sedikit minyak, goreng ayam terlebih dahulu menggunakan api sederhana,

Kmdn ketepikan. Gorengkan bawang, serai, pes tomyam, sos cili, sos tiram, daun limau purut, sayur-sayuran, cili padi, kmdn masukkan ayam tadi dan akhir sekali capsicum. Garam dan gula secukup rasa.

Tomyam Thai ( Putih )

Bahan A:

Udang Besar ( ayam, daging, perbagai jenis seafood )

Cili Pes 1-2 sudu besar ( cili kering, bawang merah dan bawang putih- dikisar kmdn goreng sehingga pecah minyak)

Serai 3 batang

Halia Muda 3-4 keping ( hirisan )

Lengkuas Muda 2-3 keping (hirisan )

Bawang Besar ( Thai)  potong wedges

Isi Kelapa Muda

cili padi 3-4 batang

Cendawan

Daun Limau Purut

Air Limau Nipis

Sos Ikan

Stok Ayam

Gula sedikit sahaja

Cara penyediaan:

Jerangkan air stok ayam terlebih dahulu kemudian, masukkan serai, halia, lengkuas, daun limau, bawang besar, cili padi dan pes cili. Tunggu sehingga hampir mendidih kmdn masuk udang, cendawan, isi kelapa, air limau, sos ikan dan perasa. Akhir sekali masukkan daun ketumbar tunggu hingga mendidih.

Tomyam 2 ( pakai susu )

Bahan:

Ayam, daging, perbagai jenis seafood )

Pes Tomyam ( Home Made ) 2 sudu besar

Serai 3 batang

Halia Muda 3-4 keping ( hirisan )

Lengkuas Muda 2-3 keping (hirisan )

Bawang Besar ( Thai)  potong wedges

Susu Pekat 1-2 sudu besar

cili padi 3-4 batang ( terpulang banyak mana )

Cendawan

Daun Limau Purut

Air Limau Nipis dan sedikit air limau purut.

Sos Ikan atau garam ( secukup rasa )

Stok Ayam

Gula ( sedikit sahaja )

Cara penyediaan: Lebih kurang seperti diatas…

Tomyam 3

Bahan-bahan seperti Tomyam 2, Cuma jangan gunakan susu pekat.

Mee Tomyam

Bahan-bahan sama cuma masukkan sos cili dan sos tomato ataupun gunakan tomato puree. Jika nak masukkan tomato biji pun dialukan….

Ikan Sweet Sour 1

Bahan:

1 ekor ikan merah ( Apa saja asalkan ikan isi putih        )

Bawang merah 4-5 biji

Bawang putih 3 ulas

Halia 1 inci dihiris halus atau dicincang

Pes cili kering

( boleh juga digunakan cili padi yang dicincang halus )

Sos cili dan sos tomato ( sukatan sos cili mesti lebih dari sos tomato )

Tepung kanji 1 sudu besar

Garam dan gula secukup rasa

Bawang besar dipotong bulat

Nenas di potong dadu (jika suka )

Hiasan:

Daun sup dan daun bawang

Bawang goreng ( jika suka )

Ikan Sweet Sour 2 ( Home Made )

Bahan:

1 ekor ikan merah ( Apa saja asalkan ikan isi putih        )

Bawang merah 4-5 biji -dihiris

Bawang putih 3 ulas -dihiris

Halia 1 inci -dihiris halus atau dicincang

Cili padi -dicincang halus

Tomato Puree -tiada sukatan letak sebanyak yg boleh

Garam dan gula -secukup rasa

Bawang besar -dipotong bulat

Nenas -di potong dadu (jika suka )

Hiasan:

Daun sup dan daun bawang

Bawang goreng ( jika suka )

Cara penyediaan:

Gorengkan terlebih dahulu ikan yang digaulkan kunyit dan garam, kemudian asingkan. Tumiskan bahan-bahan yg dihiris dan dicincang terlebih dahulu sehingga naik bau dan layu. Kemudian masukkan tomato puree, garam dan gula secukup rasa. Masukkan bawang yang dipotong bulat, kacau sebentar. Akhir sekali masukkan ikan dan nenas.

Ikan ( entah x tau nama )

Ikan –digoreng bersama kunyit dan garam( seperti biasa ikan isi putih )

Bawang merah -1 mangkuk ( siap dihiris )

Cili padi -1 mangkuk kecil (siap dihiris )

Minyak dalam 2-3 sudu besar

Cara penyediaan:

Panaskan  minyak ,tumiskan bawang merah dalam 2-3 minit. Masukkan air asam jawa yang tidak terlalu cair, garam, gula dan cili padi, tunggu hingga mendidih. Setelah itu tuangkan keatas ikan tadi.

Lontong

Bahan A ( kisar ):

Bawang besar

Bawang putih

Lengkuas

Halia

Serai

Kunyit hidup

Udang kering

Buah keras

Cili kering -10 tangkai

Santan pekat

Bahan B:

Tauhu –potong 4 dan digoreng

Kobis

Kacang panjang

Ubi kentang

Sengkuang

( potong memanjang 4cm )

Cara penyediaan:

Rebus sayur bersama santan cair, setelah hampir mendidih baru masukkan santan pekat. Last sekali masukkan lebihan minyak sambal tumis ikan bilis. Macam biasa garam gula secukup rasa.

Hidangkan bersama:

Nasi impit

Sambal tumis ikan bilis

Serunding kelapa

Rendang ayam

Soto Ayam 1

Ayam

Bahan A:

4 sekawan ( kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga )

Serbuk jintan halus

Serbuk jintan kasar

Serbuk ketumbar

Serbuk lada sulah

Rempah sup

Sup bunjut

Bahan kisar:

Bawang merah

Bawang putih

Halia

Lengkuas

Serai

Cili kering

Kunyit hidup

Buah keras

Minyak 3-4 -sudu besar

Hiasan

Tauge –celur

Daun sup dan daun bawang

Bawang goring

Bergedil daging ( pilihan )

Suhun goreng ( pilihan )

Boleh dimakan bersama nasi impit, mi kuning, bihun dan kuey tiaw.

Cara penyediaan:

Tumiskan 4 sekawan dahulu kemudian, masukkan bahan kisar kacau sehingga naik bau. Akhir sekali masukkan bahan-bahan A serta ayam. Masak hingga empuk

Soto Ayam 2

Tidak menggunakan cili kering dan kunyit hidup

Sambal Kicap

Cili padi

Kicap –sederhana pekat

Limau nipis

Cuka – untuk tahan lama

Gula dan garam

Cara penyediaan:

Semua bahan dikisar

Nasi Briyani

Bahan:

Minyak masak

Minyak sapi

4 sekawan

Bahan A (kisar ):

Bawang merah

Bawang putih

Halia

Buah gajus

Bahan B:

Bawang besar  –dibelah 4

Tomato biji  -dibelah 4

Cabai hijau  -dibelah 2

Daun pandan

Tairu (1 gelas susu cair + 15 bii limau kasturi )

Air mawar ( kenduri dalam 1 botol, 1gelas sukatan biasa )

Koma-koma

Serbuk pewarna kuning ( sedikit pewarna dicampurkan dalam air panas, air jangan banyak )

Beras basmathi (direndam 6 jam atau semalaman )

Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Tumiskan 4 sekawan, kemudian tumis bahan B sehingga layu.

Selepas itu masukkan bahan A, tumis hingga naik bau, kemudian masukkan tairu.

Masuk air mengikut sukatan beras. Setelah mendidih masukkan air mawar dan beras.

Ketika nasi hampir tanak, masukkan koma-koma yang dicampurkan bersama pewarna. Setelah nasi tanak, kacaukan supaya nasi berwarna-warni.

Ayam Masak Merah

Ayam ( campur kunyit dan garam, goreng ½  masak. X goreng pun ok )

Minyak masak

Minyak sapi

4 sekawan

Bahan A (kisar ):

Bawang merah

Bawang putih

Halia

Buah keras

Buah gajus

Cili kering

Tomato puree

Sos cili

( atau sos cili + sos tomato )

Santan / susu cair – jika suka

Bahan B:

Bawang besar  –dipotong bulat

Tomato biji  – dipotong bulat

Kacang peas – 1 tin bersama airnya

Kacang soya bake bean -1 tin bersama airnya

Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

Tumiskan 4 sekawan, kemudian tumis bahan A sehingga pecah minyak..

Selepas itu masukkan bahan seperti tomato puree dan sos cili.

Setelah itu masukkan ayam, masak hingga ayam empuk. Akhir sekali masukkan bahan B, (santan sedikit je atau susu cair ) gula, garam secukup rasa. Gaul-gaulkan dalam 2-3 minit tutup api.

Daging Briyani

Bahan:

Daging lembut – suka hati nak potong macam mana

Minyak masak

4 sekawan

Bahan A (kisar ):

Bawang merah

Bawang putih

Halia

Rempah Briyani

Tomato puree

Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

Tumiskan 4 sekawan, kemudian tumis bahan A sehingga pecah minyak..

Selepas itu masukkan rempah briyani, gaul-gaulkan sehingga rempah masak.

Setelah itu masukkan daging dan tomato puree, masak hingga daging empuk. Akhir sekali masukkan garam dan gula.

Pacri Nenas ( kuning )

Bahan:

Minyak masak

4 sekawan

Biji sawi ( jika suka )

Bahan A (kisar ):

Bawang besar

Bawang putih

Kunyit hidup

Buah keras

Cuka –menaikkan rasa masam nenas tersebut

Bawang merah – dibelah 2

Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

Tumiskan 4 sekawan dan biji sawi terlebih dahulu, kemudian tumis bahan A sehingga pecah minyak.

Selepas itu masukkan nenas, gaul-gaulkan sebentar masukkan bawang merah,cuka dan akhir sekali garam dan gula.

Nasi Tomato

Bahan:

Minyak masak

Minyak sapi

4 sekawan

Bahan A (kisar ):

Bawang merah

Bawang putih

Halia

Buah gajus

Buah badam

( jika masak banyak boleh dicampurkan kedua2, jika sedikit pilih salah satu )

Bahan B:

Bawang besar  –dibelah 4 ( jika suka )

Tomato biji  -dibelah 4 ( jika suka )

Cabai hijau  -dibelah 2 ( jika suka )

Daun pandan

Tairu (1 gelas susu cair + 15 bii limau kasturi ) -( jika suka )

Air mawar ( kenduri dalam 1 botol, 1gelas sukatan biasa ) -( jika suka )

Tomato puree

Sos cili ( untuk menaikkan warna juga )

( atau sos cili + sos tomato )

Beras basmathi (direndam 6 jam atau semalaman )

Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Tumiskan 4 sekawan, kemudian tumis bahan B sehingga layu.

Selepas itu masukkan bahan A, tumis hingga naik bau, Setelah itu masukkan tairu, Tomato puree dan sos cili. Kemudian masuk air mengikut sukatan beras. Setelah mendidih masukkan air mawar dan beras.

Tunggu sehingga nasi tanak.

Nasi Ayam ( Singapore )

Bahan:

Minyak Ayam ( lemak ayam )

Minyak sapi –jika suka

4 sekawan –jika suka

Bahan A (kisar ):

Bawang merah

Bawang putih

Bahan B:

Serai  –dititik

Halia –dihiris

Minyak bijan

Daun pandan

Garam dan perasa secukup rasa

Cara penyediaan:

Tumis halia, serai, daun pandan dan bahan A sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan beras, air rebusan ayam serta garam dan perasa.

Cili ( untuk nasi ayam )

Cili padi -½ kg

Cabai masak -½ kg

Bawang merah -150gm

Bawang putih -150gm

Halia muda -100gm

Limau kasturi ½ kg

Cuka – jika suka ( untuk bagi tahan lama )

Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

Blender semua kemudian di campurkan dengan air panas.

Ayam ( cara penyediaan ayam shj )1

Bahan A ( kisar ):

Halia

Bawang merah

Bawang putih

Lada sulah

Lengkuas –jika suka

Sos tiram – jika suka

Garam dan gula secukup rasa

Kicap pekat atau sederhana pekat

Cara penyedian:

Perapkan ayam dengan bahan A ( 1 atau 2 jam ) kemudian goreng deep fry dengan menggunakan api sederhana. Jangan over cook.

Sos Kicap

Bawang putih – dicincang

Hampas perapan ayam tadi

Cara:

Tumiskan hampas perapan tadi bersama bawang putih dan perasa. Tutup api kemudian tuangkan kicap.

Ayam 2

Ambil ayam yang direbus tadi (untuk diambil airnya ), tuangkan kicap kmdn gorengkan balik ( kulit ayam agak garing ) api sederhana besar jangan terlebih masak.

Ayam Kukus

Bahan A ( kisar ):

Bawang putih

Halia

Sos tiram

Lada sulah

Garam dan gula secukup rasa

Minyak bijan -2 sudu kecil

Cara:

Perapkan ayam kemudian kukus ayam tersebut dengan bahan perapan dan minyak bijan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: