Kerabu Jantung Pisang

June 12, 2010

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

Bahan A:

1 biji cili merah

5 biji cili padi

1 sm belacan siap dibakar

2 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

5 biji lada hitam

*** tumbuk semua bahan A hingga lumat

Bahan B:

1/2 biji jantung pisang awak- saiz besar, kalau kecik guna 1 biji ye..

– buang kulit luarnya hingga tinggal bahagian dalam berwarna cerah.

1 biji tomato dihiris nipis

1/2 labu bawang besar dihiris nipis

1 ekor ikan senangin/ kembung/ sardin- gaul garam dan kunyit dan goreng separa garing (resepi asal ikan kembung direbus)- ambil isinya sahaja dan carikkan dengan tangan.

2 sudu besar santan pekat/ pati santan

1 biji limau nipis- diperah jusnya

garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Didihkan air dalam periuk. Jantung pisang dibelah 2 dan dicuci dengan air.Rebus jantung pisang selama 15 minit. Angkat dan toskan. Hiris nipis dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan Bahan A yang telah ditumbuk diikuti bahan B. Gaul rata dan rasa masin dan manisnya. Jika cukup, bolehlah dihidangkan. Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais jika ada baki sebelum dihidang lagi….

Selamat Mencuba…

*** tips sedap: kerabu memang selalunya lebih enak jika terasa kepedasannya, tapi bagi yang ‘perut nipis’boleh gantikan cili padi dengan cili merah atau kurangkan jumlahnya….

Sepertimana kerabu siam yang lain, bahannya hampir sama, cuma bahan utamanya kita tukarkan seperti ayam, udang dan sotong. Boleh juga guna isi ikan yang digoreng. Selamat mencuba..!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: