Laksa sebelah Utara

June 12, 2010

Bahan-bahan:

1 kg ikan sardin dan ½ @ 1 kg  ikan kembung- cuci kemudian rebuskan.

1 mangkuk cili kering- celur

4 labu bawang besar

3-4 ulas bawang putih

1/2 sudu besar belacan- boleh tambah kepada yang suka rasa belacan

air secukupnya bersama air rebusan ikan tadi

secekak daun kesum

bunga kantan dihiris nipis- jika ada

Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Keluarkan ikan dari periuk. Asingkan isi dengan tulang. Sebahagian diramas dan selebihnya di kisar air rebusan tadi.

2. Semua bahan seperti cili kering, belacan, bawang besar, bawang putih di kisar halus.

3. Masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk. Tambah air lebih kurang 2 cawan lagi (termasuk air rebusan ikan bersama asam kepingnya). Masak hingga mendidih.

4. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan garam secukupnya. Jika kita menggunakan ikan yang segar, kuah laksa akan terasa manisnya. Tapi kalau rasa kuah tu tak berapa manis, boleh tambah sikiiiit gula. Biar kuah mereneh di atas dapur dan bolehlah diceduk kuah untuk dihidang bersama laksa dan bahan taburan .

Boleh di campur santan jika suka

Cili kering boleh ditukar kepada cili padi sahaja

Bahan taburan:

Cili padi- hiris

daun pudina

daun salad

daun selom- hiris halus

bawang besar-hiris halus

timun- hiris panjang

nenas muda

limau kasturi/ nipis

telur rebus

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: